1-61 43. Bagi pegawai kontrak yang dilantik atas gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan kontrak terakhir sebelumnya, tempoh pengalaman tidak boleh digunakan sebagai asas penetapan gaji permulaan kerana pengalaman tersebut telah digunakan sebagai asas untuk melantik pegawai pada gred yang lebih tinggi. Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik oleh PBM yang sama/ berlainan dan pelantikan dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari kontrak terakhir sebelumnya, adalah seperti berikut: (a) pada mata gaji minimum di P1 sekiranya gaji yang diterima di gred jawatan kontrak terakhir sebelumnya lebih rendah daripada mata gaji minimum di gred jawatan yang ditawarkan; (b) pada mata gaji lebih tinggi berhampiran di P1 dengan gaji yang diterima di gred jawatan kontrak terakhir sebelumnya sekiranya gaji itu lebih tinggi daripada mata gaji minimum tetapi masih rendah daripada mata gaji maksimum di gred jawatan yang ditawarkan; atau (c) pada mata gaji maksimum di P1 sekiranya gaji yang diterima di gred jawatan kontrak terakhir sebelumnya lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di gred jawatan yang ditawarkan. 44. Jika calon bukan pesara dilantik terus ke gred kenaikan pangkat dan mempunyai tempoh pengalaman yang relevan lebih 10 tahun, penetapan gaji permulaan boleh dibuat mengikut prinsip di perenggan 39 bagi tempoh pengalaman selepas tahun yang ke-10. 45. Gaji permulaan calon yang dilantik kali pertama tetapi perkhidmatan terakhirnya adalah di agensi Kerajaan yang tidak menggunakan Jadual Gaji Matriks dan dilantik atas gred yang setaraf serta mempunyai bidang tugas yang sama boleh ditetapkan berdasarkan kepada prinsip seperti di perenggan 38 dan 39.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy