1-59 Tarikh Kuat Kuasa Pelantikan 33. Tarikh kuat kuasa pelantikan kontrak ialah tarikh calon melaporkan diri bertugas selepas mereka menerima surat tawaran pelantikan, kecuali ditetapkan sebaliknya oleh PBM. Ketua Jabatan tempat calon melaporkan diri bertugas hendaklah memaklumkan kepada KSU Kementerian atau Ketua Perkhidmatan atau JPA mengenai tarikh calon melaporkan diri bertugas dengan menggunakan borang di Lampiran J. Pelantikan Semula 34. Perkhidmatan seseorang pegawai yang telah atau akan tamat, jika masih diperlukan, boleh disambung melalui proses pelantikan semula. Pegawai yang diluluskan pelantikan semula akan ditawarkan satu perjanjian kontrak yang baru dan berasingan daripada perjanjian kontrak sebelumnya. Syarat kontrak yang baru, walaupun sama dengan syarat kontrak sebelumnya, adalah merupakan dua perjanjian kontrak yang berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Kelonggaran syarat skim perkhidmatan yang berkaitan dengan kelayakan masuk yang telah diluluskan sebelumnya adalah terpakai bagi tujuan pelantikan semula ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama. 35. Sebelum pelantikan semula boleh dipertimbangkan, pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing: (i) selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum kontrak mereka tamat bagi tempoh kontrak setahun atau lebih; atau (ii) setelah menyempurnakan separuh daripada tempoh kontrak bagi tempoh kontrak yang kurang daripada setahun. 36. Sekiranya Ketua Jabatan bersetuju dengan permohonan pegawai, prosedur pelantikan semula adalah sama dengan prosedur pelantikan kali pertama. Permohonan pelantikan semula hendaklah menggunakan borang seperti Lampiran H. 37. Pelantikan semula pegawai bukan warganegara bagi tempoh perkhidmatan melebihi 10 tahun perlu mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Imigresen, KDN terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada kuasa menimbang.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy