Pelantikan

 1-58 Tempoh Sah Laku Tawaran Pelantikan Kontrak 31. Tempoh sah laku sesuatu tawaran pelantikan kali pertama dan pelantikan semula bagi calon warganegara (termasuk pesara) ialah satu (1) bulan, manakala bagi calon bukan warganegara enam (6) bulan dari tarikh surat tawaran pelantikan. 32. Calon dikehendaki melaporkan diri bertugas dalam tempoh sah laku tawaran. Jika calon tidak dapat berbuat demikian, mereka hendaklah memberitahu PBM atau Ketua Jabatan tempat mereka sepatutnya melaporkan diri bertugas dengan menyatakan alasannya supaya tempoh sah laku yang baru dapat dipertimbangkan. Tawaran pelantikan akan terbatal dengan sendirinya jika calon gagal melaporkan diri bertugas dalam tempoh yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy