1-50 Prosedur Pelantikan Bukan Warganegara 30. Bagi pelantikan kontrak bukan warganegara, Ketua Jabatan perlu mematuhi prosedur berikut: 30.1 Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Gunasama dan Bukan Gunasama (i) PSM mengenal pasti keperluan pengisian kontrak sama ada di bawah peruntukan OS11000 atau OS29000. Pengisian kontrak di bawah OS29000 hendaklah mendapat persetujuan BPO, JPA yang kemudiannya akan memperakukan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia untuk kelulusan; (ii) PSM Kementerian/ PSM agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengemukakan perakuan pelantikan kepada BK, JPA dengan menggunakan borang di Lampiran D; (iii) BK, JPA memperakukan kepada KSN untuk pertimbangan. Jika dipersetujui, perakuan dikemukakan kepada PBM dan salinan kepada Jabatan Imigresen Malaysia; TIDAK SETUJU PSM Kementerian/ Agensi JPM kemukakan perakuan pelantikan kepada BK, JPA Pertimbangan KSN Pertimbangan PBM & Imigresen SETUJU PBM membuat tawaran pelantikan melalui Ketua Perkhidmatan (Gunasama)/ KSU Kementerian (Bukan Gunasama) KP/ KSU mengeluarkan surat arahan melapor diri TIDAK LULUS LULUS Calon melapor diri PSM mengenal pasti keperluan pengisian kontrak di bawah peruntukan OS11000 atau OS29000 Permohonan dikemukakan kepada BPO, JPA sekiranya melibatkan peruntukan OS29000 SETUJU TIDAK SETUJU Keputusan dimaklumkan kepada PSM Kementerian Keputusan dimaklumkan kepada PSM Kementerian Keputusan dimaklumkan kepada PSM Kementerian
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy