Pelantikan

 613 Pegawai kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka mengikut syarat lantikan masing-masing dan mereka kemudiannya boleh dilantik semula oleh syarikat berdasarkan syarat yang akan ditentukan oleh syarikat. (ii) Pegawai Badan Kawalselia Pegawai yang telah dipilih untuk berkhidmat dengan badan kawalselia (jika ada) tidak layak diberi opsyen. Mereka sebaliknya dikekalkan dalam Perkhidmatan Kerajaan. Gagal Membuat Opsyen 6.6 Pegawai yang gagal memberi sebarang jawapan kepada tawaran opsyen tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh yang ditetapkan, atau yang membuat opsyen dengan bersyarat, akan dianggap sebagai telah memilih tidak memasuki syarikat. Mereka akan dibersarakan atas penghapusan jawatan, atau ditamatkan perkhidmatan mereka, menurut mana yang berkenaan. Status Pegawai Selepas Opsyen 6.7 Apa juga skim yang dipilih oleh seseorang pegawai yang memilih memasuki syarikat, mereka adalah pekerja syarikat dan dengan itu hubungan mereka dengan Perkhidmatan Kerajaan adalah terputus.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy