612 peraturan 29 hingga 31, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, maka tindakan itu hendaklah disegerakan. (v) Pegawai Dalam Perkhidmatan Kader Dan Gunasama Pegawai dalam perkhidmatan kader dan gunasama juga layak diberi opsyen dengan syarat Ketua Perkhidmatan mereka bersetuju memberikan pelepasan dengan izin. Untuk tujuan ini pihak kementerian/agensi atau syarikat perlu berunding dengan Ketua Perkhidmatan pegawai. (v) Pegawai Yang Ada lkatan Biasiswa Pegawai yang masih terikat dengan perjanjian biasiswa/HLP juga layak diberi opsyen. Jika mereka memilih memasuki syarikat, mereka dikehendaki menandatangani Perjanjian Pemindahan Kontrak bagi membolehkan baki kontrak mereka dipindahkan kepada syarikat. Bagi pegawai yang enggan menyertai syarikat, mereka hanya boleh dibersarakan mengikut peruntukan subperenggan 10(5)(b) Akta 227 atau Akta 239 atau menamatkan perkhidmatan masing-masing setelah menjelaskan segala gantirugi berbangkit daripada kemungkiran perjanjian biasiswa tersebut. (vi) Pegawai Pinjaman Pegawai agensi lain yang berkhidmat secara pinjaman dengan agensi yang akan diswastakan boleh diberikan opsyen sekiranya mereka mendapat pelepasan dari Ketua Perkhidmatan masing-masing. Pegawai Yang Tidak Layak Diberi Opsyen 6.5 Pegawai yang tidak layak diberi opsyen ialah: (i) Pegawai Kontrak
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy