Pelantikan

 1-76 apa pencen, ganjaran atau faedah lain di bawah Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980. Bagi maksud ini tuan/puan dihendaki mengisi Lampiran IVA dan Lampiran IVC. 4.3 Sekiranya tuan/puan seorang pekerja tetap yang mencarum kepada KWSP semasa tuan/puan berkhidmat dengan ........................................, dan tuan/puan telah menolak tawaran untuk berkhidmat dengan .........................................................., tuan/puan hendaklah menamatkan perkhidmatan dengan menghantar Notis Penamatan Perkhidmatan secara bertulis seperti di Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVD. 4.4 Sekiranya tuan/puan merupakan pekerja tetap yang dilantik kali pertama ke dalam perkhidmatan ...................................... dan sedang menjalani tempoh percubaan yang ditetapkan, atau merupakan pekerja sementara yang menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ..................................., maka tuan/puan hendaklah menamatkan perkhidmatan tuan/puan dengan ................................... melalui Notis Penamatan Perkhidmatan secara bertulis dengan mengisi Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVD. 5. JAWAPAN PEKERJA 5.1 Tuan/Puan dikehendaki memberi jawapan sama ada menerima atau menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ....................................... dengan mengisi borang yang berkaitan. Jawapan tuan/puan hendaklah sampai di pejabat ini sebelum atau pada ................ 5.2 Tuan/Puan yang termasuk dalam golongan di perenggan 3.1 di atas yang dikehendaki bersara di bawah subseksyen 13(1) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 sebelum memasuki perkhidmatan ............................................. di bawah Skim A atau Skim B, dikehendaki mengisi Lampiran IVA sahaja. 5.3 Tuan/Puan yang termasuk dalam golongan di perenggan 3.2 di atas yang memilih untuk bersara di atas pilihan sendiri di bawah subseksyen 12(1) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, dikehendaki mengisi Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVB.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy