Pelantikan

 1-75 4. PEKERJA YANG MENOLAK TAWARAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN ....................................... 4.1 Tuan/Puan yang menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ......................................... akan dibersarakan dari perkhidmatan ....................................... di bawah subperenggan 10(5)(b) Akta Pencen PihakPihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 mulai....................., memandangkan jawatan terakhir yang tuan/puan sandang di dalam perkhidmatan .................................................. akan dimansuhkan mulai daripada tarikh tersebut. Bagi maksud ini, tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVC. Tuan/Puan boleh diberi pencen, ganjaran atau faedah yang lain sekiranya tuan/puan: (a) seorang pekerja tetap; (b) telah disahkan dalam jawatan yang terakhir yang dipegang oleh tuan/puan semasa di dalam perkhidmatan ................! ................ atau sekiranya masih berada dalam tempoh percubaan dalam jawatan terakhir tersebut, telah disahkan dalam jawatan sebelumnya, di dalam perkhidmatan .........................................; (c) telah mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 3 tahun; dan (d) telah diberi taraf pekerja berpencen. 4.2 Sekiranya tuan/puan merupakan pekerja tetap yang dilantik kali pertama ke dalam perkhidmatan ....................................... pada atau selepas 12.4.1991 yang memilih untuk terus mencarum ke dalam KWSP sebaik sahaja tuan/puan disahkan dalam jawatan semasa tuan/puan berkhidmat dengan ................................., dan tuan/puan telah menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ........................................, maka tuan/puan akan dibersarakan di bawah subperenggan 10(5)(b) dibaca bersama-sama subseksyen 6A(6) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980. Tuan/Puan tidak layak dibayar apa-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy