Pelantikan

 1-74 3.4 Pekerja Tetap Yang Dilantik Kali Pertama Ke Dalam Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan Dan Masih Berada Dalam Tempoh Percubaan dan Pekerja Sementara 3.4.1 Sekiranya tuan/puan merupakan pekerja tetap yang dilantik pertama kali ke dalam perkhidmatan ........................................ dan masih menjalani tempoh percubaan yang telah ditetapkan, atau merupakan pekerja sementara, tuan/puan hendaklah menamatkan perkhidmatan tuan/puan dengan ............................. terlebih dahulu sebelum tuan/puan boleh berkhidmat dengan ................................ Notis Penamatan Perkhidmatan tuan/puan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menggunakan Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVD, dan ia hendaklah berkuatkuasa mulai ........................ 3.4.2 Sebaik sahaja tuan/puan menerima surat tawaran untuk berkhidmat dengan .................................................., tuan/puan disifatkan sebagai telah menamatkan perkhidmatan dengan ....................................... mulai .................., tanpa dikehendaki membayar sebulan gaji sebagai menggantikan notis yang tidak cukup. 3.5 Pekerja Tetap Yang Telah Disahkan Dalam Jawatan Terdahulu Tetapi Belum Disahkan Dalam Jawatan Terakhir Semasa Di Dalam Perkhidmatan ..................................... Sekiranya tuan/puan telah disahkan dalam jawatan tuan/puan yang terdahulu semasa berada di dalam pekhidmatan ..................................... tetapi tuan/puan masih lagi berada di dalam tempoh percubaan dalam jawatan terakhir yang tuan/puan sandang di dalam perkhidmatan ................................................... sehari sebelum tarikh penswastaan/pengkorporatan ............................................., maka gaji yang akhir diterima bagi jawatan tuan/puan terdahulu yang tuan/puan telah disahkan adalah terpakai bagi maksud perkiraan pencen, ganjaran atau faedah yang lain sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 5(2), Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy