Pelantikan

 1-73 3.3 Pekerja Tetap Yang Mencarum Ke Dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 3.3.1 Sekiranya tuan/puan merupakan pekerja tetap yang dilantik kali pertama di dalam perkhidmatan .................................... pada atau selepas 12.4.1991 dan telah memilih untuk terus mencarum ke dalam KWSP sebaik sahaja tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan, tuan/puan boleh dibersarakan atas alasan penghapusan jawatan di bawah subperenggan 10(5)(b) dibaca bersama-sama subseksyen 6A(6) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 mulai ........................, bagi membolehkan tuan/puan berkhidmat dengan ........................ Tuan/Puan tidak layak dibayar apa-apa pencen, ganjaran atau faedah yang lain di bawah Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980. Bagi maksud ini tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVC. 3.3.2 Sekiranya tuan/puan pegawai tetap yang mencarum kepada KWSP semasa tuan/puan berkhidmat dengan ............................., tuan/puan hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatan tuan/puan dengan .......................................... Notis Penamatan Perkhidmatan tuan/puan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menggunakan Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVD, dan ia hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh penswastaan/pengkorporatan. Tuan/Puan tidak dikehendaki membayar sebulan gaji walaupun notis yang diberikan kurang daripada tempoh yang ditetapkan. Sebaik sahaja tuan/puan menerima tawaran ................................, tuan/puan dianggap sebagai telah berhenti daripada perkhidmatan .............................. dan dianggap sebagai telah memasuki perkhidmatan ....................................... di bawah Skim B sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy