Pelantikan

 1-71 dengan ...................................... atau mana-mana subsidiarinya selama satu tempoh berterusan tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh tuan/puan meninggalkan perkhidmatan .................................. atau mana-mana subsidiarinya apabila tuan/puan mencapai umur sedemikian; (iii) Dalam keadaan di mana perkhidmatan tuan/puan telah ditamatkan oleh ............................................... atau mana-mana subsidiarinya atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, syarat 5 tahun itu tidak terpakai bagi tuan/puan dan tuan/puan layak menikmati pencen, ganjaran atau faedah yang lain; dan (iv) Apa-apa tempoh perkhidmatan tuan/puan dengan ....................... sehingga sehari sebelum tarikh penswastaan/pengkorporatan, boleh dimasukira bagi maksud perkiraan pencen, ganjaran atau faedah yang lain. 3.2 Pekerja Tetap Yang Telah Mencapai Umur Persaraan Pilihan Sendiri 3.2.1 Sekiranya tuan/puan telah mencapai umur 40 tahun atau lebih dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan ......................., tuan/puan boleh memohon untuk bersara secara pilihan sendiri di bawah subseksyen 12(1) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 dengan mengisi Lampiran IVA bersama-sama Lampiran IVB, dan tuan/puan akan dibersarakan mulai ................... Dalam hal ini, tuan/puan akan diberi pencen, ganjaran atau faedah yang lain atas persaraan sedemikian dengan syarat pada tarikh persaraan tuan/puan: (a) adalah seorang pekerja tetap; (b) telah disahkan dalam jawatan yang terakhir dipegang oleh tuan/puan semasa di dalam perkhidmatan ................................ atau sekiranya masih berada dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy