Pelantikan

 1-70 Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 sebaik sahaja tuan/puan mencapai umur 55 tahun. Bagi maksud ini tuan/puan dikehendaki mengisi Lampiran IVA sahaja; (ii) pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh diberi kepada tuan/puan dengan syarat tuan/puan telah sama ada berkhidmat dengan ....................................... atau mana-mana subsidiarinya selama suatu tempoh berterusan tidak kurang daripada 5 tahun daripada tarikh tuan/puan meninggalkan perkhidmatan .............................................. atau sekiranya tuan/puan masihdalam perkhidmatan ...................................... atau mana-mana subsidiarinya, apabila tuan/puan mencapai umur sedemikian; (iii) jika perkhidmatan tuan/puan telah ditamatkan oleh ........................................ atau mana-mana subsidiarinya atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, syarat 5 tahun itu tidak terpakai bagi tuan/puan dan tuan/puan layak menikmati pencen, ganjaran atau faedah yang lain; dan (iv) apa-apa tempoh perkhidmatan tuan/puan dengan .................................. atau mana-mana subsidiarinya mengikut Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim A boleh dimasukira bagi maksud perkiraan pencen, ganjaran dan faedah yang lain. (b) Skim B (i) Sekiranya tuan/puan memilih untuk berkhidmat dengan ..................................... di bawah Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim B, maka tuan/puan boleh diberi pencen, ganjaran atau faedah yang lain apabila tuan/puan mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun (bagi lelaki). Bagi maksud ini, tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IVA sahaja; (ii) Pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh diberi kepada tuan/puan dengan syarat tuan/puan telah sama ada berkhidmat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy