Pelantikan

 1-55 5.4 Tuan/Puan yang termasuk dalam golongan di perenggan 3.4, 4.1 atau 4.2 di atas yang akan dibersarakan atas alasan penghapusan jawatan di bawah subperenggan 10(5)(b) Akta Pencen 1980 bagi membolehkan tuan/puan memasuki perkhidmatan ----------------------------------------- atau menolak tawaran tersebut dan dibersarakan terus daripada Perkhidmatan Kerajaan, dikehendaki mengisi Lampiran IIIA bersama- sama dengan Lampiran IIID. 5.5 Tuan/Puan yang termasuk dalam golongan di perenggan 3.5 atau 4.3 di atas, sama ada bersetuju untuk memasuki perkhidmatan ------------------- atau memilih untuk menamatkan perkhidmatan tuan/puan dengan Kerajaan tanpa menerima tawaran -----------------------------, dikehendaki mengemukakan Notis Penamatan Perkhidmatan kepada Kerajaan secara bertulis dengan mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIIE. (e) Sekiranya tuan/puan gagal mengembalikan borang yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, tuan/puan akan dianggap sebagai telah menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ----------------------------------------. Tuan/Puan seterusnya akan dibersarakan di bawah subperenggan 10(5)(b) Akta Pencen 1980. (f) Sekiranya dalam tempoh opsyen ini ditawarkan sehingga ia dikuatkuasakan, tuan/puan dibuang kerja atau dibersarakan atas sebab kesihatan, atau berhenti atau ditamatkan dari Perkhidmatan Kerajaan, pilihan tuan/puan untuk berkhidmat dengan ------------------------------ adalah terbatal dengan sendirinya. (g) Pilihan tuan/puan sebaik sahaja dibuat adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipinda atau ditarik balik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy