Pelantikan

 1-54 4.2 Sekiranya tuan/puan seorang pegawai tetap yang dilantik kali pertama ke dalam Perkhidmatan Kerajaan pada atau selepas 12.4.1991 yang memilih untuk terus mencarum ke dalam KWSP sebaik sahaja tuan/puan disahkan dalam jawatan semasa tuan/puan berkhidmat dengan Perkhidmatan Kerajaan, dan tuan/puan telah menolak tawaran untuk berkhidmat dengan --------------------------------, maka tuan/puan akan dibersarakan di bawah subperenggan 10(5)(b) dibaca bersama- sama subseksyen 6A(6) Akta Pencen 1980. Tuan/Puan tidak layak dibayar apa-apa pencen, ganjaran atau faedah yang lain di bawah Akta Pencen 1980. Bagi maksud ini tuan/puan dikehendaki mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIID. 4.3 Sekiranya tuan/puan merupakan pegawai tetap yang dilantik kali pertama ke dalam Perkhidmatan Kerajaan dan masih menjalani tempoh percubaan atau merupakan pegawai sementara yang menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ----------------------------------, maka tuan/puan hendaklah menamatkan perkhidmatan tuan/puan dengan Perkhidmatan Kerajaan dengan mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIIE. (d) JAWAPAN PEGAWAI 5.1 Tuan/Puan dikehendaki memberi jawapan sama ada menerima atau tidak tawaran untuk berkhidmat dengan ----------------------------- dengan mengisi borang yang berkaitan. Jawapan tuan/puan hendaklah sampai di pejabat ini sebelum atau pada --------------- . 5.2 Tuan/Puan yang termasuk dalam golongan di perenggan 3.1 dan 3.2 di atas yang dikehendaki bersara di bawah subseksyen 12A(1) Akta Pencen 1980 sebelum memasuki perkhidmatan ------------------------------- di bawah Skim A atau Skim B, dikehendaki mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIIB. 5.3 Tuan/Puan yang termasuk dalam golongan di perenggan 3.3 di atas yang memilih untuk bersara di atas pilihan sendiri di bawah subseksyen 12(1) Akta Pencen 1980, dikehendaki mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIIC.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy