Pelantikan

 1-53 3.6 Pegawai Tetap Yang Telah Disahkan Dalam Jawatan Terdahulu Tetapi Belum Disahkan Dalam Jawatan Terakhir Semasa Di Dalam Perkhidmatan Kerajaan Sekiranya tuan/puan telah disahkan dalam jawatan tuan/puan yang terdahulu tetapi masih lagi berada di dalam tempoh percubaan dalam jawatan terakhir yang tuan/puan sandang di dalam Perkhidmatan Kerajaan sehari sebelum tarikh penswastaan/pengkorporatan -------------------------, maka gaji yang akhir diterima bagi jawatan yang tuan/puan telah disahkan itu adalah terpakai bagi maksud perkiraan pencen, ganjaran atau faedah yang lain sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 6(2), Akta Pencen 1980. (c) PEGAWAI YANG MENOLAK TAWARAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN …………… 4.1 Tuan/Puan yang menolak tawaran untuk berkhidmat dengan ----------- ------------------------ akan dibersarakan dari Perkhidmatan Kerajaan di bawah subperenggan 10(5)(b) Akta Pencen 1980 mulai -------------- memandangkan jawatan terakhir yang tuan/puan sandang di dalam Perkhidmatan Kerajaan akan dimansuhkan mulai daripada tarikh tersebut. Bagi maksud ini, tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IIIA bersamasama Lampiran IIID. Tuan/Puan boleh diberi pencen, ganjaran atau faedah yang lain hanya sekiranya tuan/puan: (i) seorang pegawai tetap; dan (ii) telah disahkan dalam jawatan terakhir yang disandang semasa di dalam Perkhidmatan Kerajaan atau sekiranya masih belum disahkan dalam jawatan terakhir tersebut, telah disahkan dalam jawatan sebelumnya di dalam Perkhidmatan Kerajaan; (iii) telah mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 3 tahun yang boleh dimasukira; dan (iv) telah diberi taraf pekerja berpencen.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy