Pelantikan

 1-52 (iv) bagi tuan/puan yang dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan, sama ada sebelum, pada atau selepas 12.4.1991, dan memilih untuk bersara di bawah subseksyen 12(1) Akta Pencen 1980, tuan/puan layak dibayar pencen, ganjaran atau faedah yang lain sebaik sahaja tuan/puan bersara daripada Perkhidmatan Kerajaan. 3.4 Pegawai Tetap Yang Mencarum Dalam KWSP Sekiranya tuan/puan merupakan pegawai tetap yang dilantik kalipertama ke Perkhidmatan Kerajaan pada atau selepas 12.4.1991 dan telah memilih untuk terus mencarum dalam KWSP sebaik sahaja tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan, tuan/puan boleh dibersarakan di atas alasan penghapusan jawatan di bawah subperenggan 10(5)(b) dibaca bersama-sama subseksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 bagi membolehkan tuan/puan berkhidmat dengan --------------------------- mulai -----------. Tuan/Puan tidak layak dibayar apa-apa pencen, ganjaran atau faedah yang lain di bawah Akta Pencen 1980. Bagi maksud ini tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIID. 3.5 Pegawai Tetap Yang Dilantik Kali Pertama Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan Yang Masih Berada Dalam Tempoh Percubaan Dan Pegawai Sementara Sekiranya tuan/puan merupakan pegawai sementara atau pegawai tetap yang dilantik kali pertama ke dalam Perkhidmatan Kerajaan dan masih dalam tempoh percubaan, tuan/puan hendaklah menamatkan perkhidmatan tuan/puan dengan Kerajaan terlebih dahulu sebelum tuan/puan boleh berkhidmat dengan ------------- -------------------------. Notis Penamatan Perkhidmatan tuan/puan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menggunakan Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran IIIE, dan ia hendaklah berkuatkuasa mulai -------------------------. Sebaik sahaja tuan/puan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan ------------------------------, tuan/puan adalah disifatkan sebagai telah menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan. Tuan/Puan tidak dikehendaki membayar sebulan gaji bagi menggantikan notis yang tidak cukup.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy