Pelantikan

 1-50 (b) Skim B (i) Sekiranya tuan/puan memilih untuk berkhidmat dengan ---------------------- -------------- di bawah Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim 8, maka pencen, ganjaran atau faedah yang lain akan dibayar apabila tuan/puan- mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun (bagi lelaki) dibuat di bawah subseksyen 12A(3) Akta Pencen 1980, sebagaimana dipinda oleh Akta A644 dan berkuatkuasa mulai 16.5.1986, yang terpakai ke atas tuan/puan. Bagi maksud ini, tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IIIA dan 1118; (ii) pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh diberi kepada tuan/puan dengan syarat tuan/puan telah sama ada berkhidmat dengan ----------------- ------ atau mana-mana subsidiarinya selama tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan daripada tarikh tuan/puan meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan atau sekiranya tuan/puan masih dalam perkhidmatan -------------- ------------------- atau mana-mana subsidiarinya apabila tuan/puan mencapai umur sedemikian; (iii) jika perkhidmatan tuan/puan telah ditamatkan oleh --------------------- atau mana-mana subsidiarinya atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, syarat 5 tahun itu tidak terpakai bagi tuan/puan dan tuan/puan layak menikmati pencen, ganjaran atau faedah yang lain; dan (iv) tempoh perkhidmatan tuan/puan dengan Kerajaan sehingga sehari sebelum tarikh penswastaan/pengkorporatan boleh dimasukira bagi maksud perkiraan pencen, ganjaran atau faedah yang lain. 3.3 Pegawai Tetap Yang Telah Mencapai Umur Persaraan Pilihan (i) Sekiranya tuan/puan telah mencapai umur 40 tahun atau lebih dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan --------------------------, tuan/puan bolehlah memohon untuk bersara secara pilihan sendiri di bawah subseksyen 12(1) Akta Pencen 1980 dengan mengisi Lampiran IIIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy