Pelantikan

 1-48 (b) Skim B (i) Sekiranya tuan/puan memilih untuk berkhidmat dengan ---------------------- ------------- atas Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim B, maka tuan/puan boleh diberi pencen, ganjaran atau faedah yang lain di bawah subseksyen 12A(3) Akta Pencen 1980 sebagaimana dipinda oleh Akta A644 dan berkuatkuasa mulai 16.5.1986 apabila tuan/puan mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun (bagi lelaki). Bagi maksud ini, tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran 1118; (ii) pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh diberi kepada tuan/puan dengan syarat tuan/puan telah sama ada berkhidmat dengan ----------------- ---------------atau mana-mana subsidiarinya selama suatu tempoh tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan dari tarikh tuan/puan meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan atau sekiranya tuan/puan masih dalam perkhidmatan---------------------------------- atau mana-mana subsidiarinya apabila tuan/puan mencapai umur sedemikian; (iii) jika perkhidmatan tuan/puan telah ditamatkan oleh ---------------------- atau mana-mana subsidiarinya atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, syarat 5 tahun itu tidak terpakai bagi tuan/puan dan tuan/puan layak menikmati pencen, ganjaran atau faedah yang lain; dan tempoh perkhidmatan tuan/puan dengan Perkhidmatan Kerajaan sehingga sehari sebelum tarikh penswastaan/pengkorporatan boleh dimasukira bagi maksud perkiraan pencen, ganjaran atau faedah yang lain. 3.2 Pegawai Tetap Yang Belum Mencapai Umur 45 Tahun (Bagi Perempuan) Atau 50 Tahun (Bagi Lelaki) Yang Dilantik Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan Pada Atau Selepas 16 Mei 1986 Sekiranya tuan/puan seorang pegawai tetap yang telah dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan pada atau selepas 16.5.1986 dan telah disahkan di dalam jawatan yang tuan/puan sandang pada masa itu di dalam Perkhidmatan Kerajaan, dan tuan/puan belum mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy