Pelantikan

 1-47 (a) Skim A (i) Sekiranya tuan/puan memilih untuk berkhidmat dengan ---------------------- ----------------------------- di bawah Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim A, maka tuan/puan boleh memilih supaya subseksyen 12A(2) Akta Pencen 1980, sebagaimana diperuntukkan oleh Akta A625 yang berkuatkuasa mulai 13.9.1985, terpakai kepada tuan/puan, dan pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh dibayar apabila tuan/puan mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun (bagi lelaki); (ii) seksyen 12A, Akta Pencen 1980 ini telahpun dipinda oleh Akta A644 berkuatkuasa mulai 16.5.1986. Jika tuan/puan ingin memilih supaya subseksyen 12A(2) Akta Pencen 1980, sebagaimana dipinda oleh Akta A644 terpakai kepada tuan/puan, maka pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh dibayar kepada tuan/puan sebaik sahaja tuan/puan mencapai umur 55 tahun; (iii) bagi maksud perenggan kecil (i) atau (ii) di atas, tuan/puan hendaklah mengisi Lampiran IIIA bersama-sama Lampiran 1118; (iv) pencen, ganjaran atau faedah yang lain boleh diberi kepada tuan/puan dengan syarat tuan/puan telah sama ada berkhidmat dengan ---------------------------- ------ atau mana-mana subsidiarinya tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan darpada tarikh tuan/puan meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan, atau sekiranya tuan/puan masih dalam perkhidmatan --------------------------- --- atau mana-mana subsidiarinya apabila tuan/puan mencapai umur sedemikian; (v) jika perkhidmatan tuan/puan telah ditamatkan oleh ------------------------------ ----- atau oleh mana-mana subsidiarinya atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, syarat 5 tahun itu tidak terpakai bagi tuan/puan dan tuan/puan layak menikmati pencen, ganjaran atau faedah yang lain; dan apa-apa tempoh perkhidmatan tuan/puan dengan -------------------------------------- atau manamana subsidiarinya mengikut Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim A boleh dimasukira bagi maksud pengiraan pencen, ganjaran atau faedah yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy