Pelantikan

 1-46 kemudahan rawatan perubatan yang serupa seperti yang diterimapakai oleh ……………………. sekarang, termasuk apa-apa pindaan dan semakan syarat perkhidmatan dan gaji yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Skim ini tidak merangkumi faedah imbuhan tahunan (bonus) atau hak pemilikan saham yang dikeluarkan oleh --------------------------------------------------. Ringkasan Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim A dilampirkan bersama dengan surat tawaran dari ---------------------------------- untuk rujukan dan penelitian tuan/puan. 2.2 Skim B Skim B ialah Terma dan Syarat Perkhidmatan ---------------------------------- . Skim ini meliputi hak untuk menikmati bayaran imbuhan tahunan (bonus) dan hak memiliki saham yang ditawarkan oleh syarikat, jika ada, yang ditawarkan oleh --------------------------------------------- kepada pegawainya. Terma dan Syarat Perkhidmatan Skim B dilampirkan bersama dengan surat tawaran dari --------------------------------------------- . (b) PEGAWAI TETAP YANG MEMILIH UNTUK BERKHIDMAT DENGAN ------- ----------------- 3.1 Pegawai Tetap Yang Belum Mencapai Umur 45 Tahun (Bagi Perempuan) Atau 50 Tahun (Bagi Lelaki) Yang Dilantik Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan Sebelum 16 Mei 1986. Sekiranya tuan/puan seorang pegawai tetap yang dilantik ke Perkhidmatan Kerajaan sebelum 16.5.1986, telah disahkan dalam jawatan yang tuan/puan sandang sema.sa berkhidmat dengan Perkhidmatan Kerajaan, belum mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun (bagi lelaki) dan telah menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai pegawai --------- -------------------------------------, maka Kerajaan akan menganggap tuan/puan sebagai telah dilantik untuk berkhidmat dengan ------------------------------------- ---------- dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 12A(1) Akta Pencen 1980. Dalam hal sedemikian tuan/puan akan ditawarkan dua skim, iaitu:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy