Pelantikan

 1-42 PERUNTUKAN AM Rumah Kerajaan 26. Pegawai yang sedang mendiami rumah Kerajaan dibenarkan terus mendiami rumah berkenaan dengan syarat dan kadar sewaan yang sama bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun dari tarikh kuatkuasa penswastaan. Syarikat boleh meneruskan kemudahan ini dalam bentuk yang difikirkan sesuai selepas tempoh tersebut. Pemegang Biasiswa Kerajaan 27. Bagi pegawai yang masih terikat dengan perjanjian biasiswa/HLP, ikatan perjanjian mereka dengan Kerajaan hendaklah dipindahkan kepada syarikat. Mereka dikehendaki menghabiskan baki ikatan dan/atau penalti seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian sebelum boleh meninggalkan syarikat, atau berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun dengan syarikat, mengikut mana yang lebih panjang. Dalam hal ini pegawai dan syarikat dikehendaki menandatangani surat persetujuan pemindahan kontrak dengan menggunakan format yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang mengeluarkan biasiswa/HLP. Faedah Tamat Perkhidmatan 28. [Seperti yang ditetapkan oleh syarikat]. Skel Gaji 29. [Seperti yang ditetapkan oleh syarikat]. PENUTUP 30. Terma dan syarat perkhidmatan yang terkandung dalam Skim B ini boleh dipinda dan diubahsuai dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan yang berlaku di dalam dan di luar syarikat. Pindaan dan pengubahsuaian untuk tujuan penambahbaikan adalah digalakkan demi kepentingan dan kebajikan pekerja terbabit.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy