Pelantikan

 1-41 CARUMAN KEPADA KWSP DAN PERKESO 23. Syarikat akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk semua pegawai yang layak pada kadar yang tidak rendah daripada kadar minimum yang ditetapkan oleh undang- undang yang berkaitan. KEMUDAHAN PINJAMAN 24. Pegawai yang telah mendapat kemudahan pinjaman daripada Kerajaan akan terus menikmati kemudahan serta syarat yang serupa seperti yang telah diterima semasa berada dalam Perkhidmatan Kerajaan. Walau bagaimanapun apa-apa pinjaman yang dibuat selepas tarikh penswastaan adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh syarikat. FAEDAH LAIN 25. Syarikat digalakkan supaya memasukkan semua jenis faedah yang sepatutnya layak dinikmati oleh pegawai ke dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan ini, antaranya ialah: (i) Peluang kenaikan pangkat; (ii) Pemberian bonus; (iii) Polisi lnsuran Kemalangan Berkelompok; (iv) Subsidi faedah untuk pinjaman kereta/motosikal; (v) Pinjaman komputer; (vi) Subsidi faedah untuk pinjaman perumahan; (vii) Pemilikan saham syarikat; (viii) Skim Pinjaman Pelajaran untuk pegawai / keluarga; (ix) Pakaian seragam; dan (x) Pampasan / faedah penamatan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy