Pelantikan

 1-39 Kemudahan Cuti Yang Lain 14. Cuti bersalin untuk pegawai wanita, cuti tanpa gaji, cuti kursus dan cuti ihsan ditetapkan mengikut dasar dan peraturan yang terpakai di syarikat. 15. Syarikat boleh, atas budibicaranya, meluluskan cuti selain daripada yang dinyatakan di atas, seperti: (i) cuti menghadiri peperiksaan; (ii) cuti menghadiri perbicaraan di mahkamah ; (iii) cuti kuarantin; (iv) cuti menjalani latihan pasukan sukarela; (v) cuti tanpa rekod; dan (vi) cuti lain yang difikirkan sesuai dan munasabah. TATATERTIB 16. Semua pegawai syarikat tertakluk kepada peraturan tatatertib yang ditetapkan oleh syarikat selagi ianya tidak bercanggah dengan peraturan yang terkandung dalam Akta Pekerjaan 1955 atau undang-undang lain yang berkaitan dan berkuatkuasa. NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN 17. [Seperti yang ditetapkan oleh syarikat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan]. UMUR PERSARAAN 18. [Seperti yang ditetapkan oleh syarikat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan]. FAEDAH PERUBATAN 19. Syarikat perlu menyediakan kemudahan perubatan kepada semua pegawai dan ahli keluarga mereka mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan dan berkuatkuasa. Faedah tersebut hendaklah sekurang-kurangnya meliputi kemudahan yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy