Pelantikan

 1-38 WAKTU BEKERJA Waktu Kerja Pejabat 8. [Mengikut waktu bekerja yang ditetapkan oleh syarikat]. Waktu Bekerja Lebih Masa 9. [Tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh syarikat]. Pemindahan Gaji 10. Ditetapkan mengikut formula berikut: (Gaji Pokok + lmbuhan Tetap) X 1.175 + satu (1) pergerakan gaji secara mendatar mengikut jadual gaji SSB dan kemudiannya diselaraskan kepada mata gaji yang sama atau lebih tinggi berhampiran di atas tanggagaji syarikat, tertakluk kepada pengurangan 3 hari cuti rehat tahunan. [lmbuhan Tetap bermaksud lmbuhan Tetap Perumahan, lmbuhan Tetap Keraian, lmbuhan Tetap Khidmat Awam dan/atau lmbuhan Tetap JUSA]. Kenaikan Gaji Tahunan 11. [Ditentukan mengikut peraturan dan prosedur yang terpakai di syarikat]. CUTI Cuti Rehat Tahunan 12. Jumlah cuti rehat tahunan ialah mengikut kelayakan pegawai semasa berkhidmat dengan agensi awam (sebelum diswastakan), iaitu setelah dikurangkan sebanyak 3 hari. Cuti Haji 13. Syarikat boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi 40 hari berturut-turut kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah. Kelayakan ini diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan syarikat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy