Pelantikan

 1-37 Mereka perlu membuat pengesahan bertulis (opsyen) bersetuju menerima dan mematuhi terma dan syarat perkhidmatan yang terkandung dalam Skim ini dengan menandatangani kertas opsyen yang ditetapkan. Pengesahan bertulis itu hendaklah diserahkan kepada syarikat dalam tempoh tertentu. Mereka yang gagal menyerahkan pengesahan bertulis dalam tempoh tersebut, atau membuat opsyen dengan bersyarat, akan dianggap telah menolak tawaran berkhidmat dengan syarikat dan mereka akan dibersarakan di bawah subperenggan 10(5)(b) Akta 227 atau Akta 239, atau mereka akan diminta supaya menamatkan perkhidmatan masing-masing. Tarikh Lantikan 4. Tarikh lantikan ke dalam perkhidmatan syarikat bagi semua pegawai yang memilih memasuki syarikat ialah pada tarikh berkuatkuasanya pengambilalihan atau penswastaan. Status Perkhidmatan 5. Perkhidmatan dengan syarikat adalah merupakan satu perkhidmatan baru, dan BUKAN sambungan dari Perkhidmatan Kerajaan. Tempoh Percubaan 6. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan sebelum tarikh penswastaan adalah dikecualikan daripada menjalani tempoh percubaan dengan syarikat. Pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau dalam jawatan sementara sebelum tarikh kuatkuasa penswastaan, boleh disahkan dalam jawatan setelah menjalani tempoh percubaan sepertimana yang ditetapkan oleh syarikat. Jika tempoh percubaan yang ditetapkan oleh syarikat lebih panjang daripada tempoh percubaan yang telah disempurnakan oleh pegawai semasa berkhidmat dengan agensi awam, mereka hanya dikehendaki menghabiskan baki tempoh percubaan tersebut. Larangan Menukar Pilihan 7. Pegawai yang telah memilih Skim B tidak dibenarkan bertukar kepada Skim A.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy