Pelantikan

 1-36 Lampiran II CONTOH TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN SKIM B PENDAHULUAN 1. Skim ini mengandungi terma dan syarat perkhidmatan yang berbentuk komersial. Ia digubal oleh syarikat yang akan mengambilalih agensi awam yang akan diswastakan berpandukan kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan, khususnya Akta Pekerjaan 1955. Peruntukan lengkap Skim ini tidak semestinya sama antara satu syarikat dengan yang lain kerana ia bergantung kepada kemampuan syarikat berkenaan menawarkan syarat-syarat tersebut. Bagi syarikat yang telah sedia wujud, mereka juga perlu mengambil kira syarat dan terma perkhidmatan yang telah mereka tawarkan kepada pekerja yang dilantik secara langsung berkhidmat dengannya. Kerajaan hanya perlu menentukan bahawa secara pakej syarat dan terma perkhidmatan yang ditawarkan itu tidak kurang baik daripada apa yang telah diterima oleh pegawai semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Kerajaan. DEFINISI 2. Bahagian ini biasanya mendefinisikan beberapa istilah seperti berikut: BUKAN EKSEKUTIF; CUTI; DOKTOR PANEL; EKSEKUTIF; GAJI AKHIR; GAJI POKOK; HARI; KELUARGA; PEKERJA; SYARIKAT; TARIKH PENGAMBILALIHAN, dan lain-lain. URUSAN PELANTIKAN Pelantikan 3. Semua pegawai agensi awam yang bertaraf tetap dan sementara yang memilih Skim B akan dilantik secara tetap ke gred dan jawatan yang bersesuaian dalam perjawatan syarikat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy