Pelantikan

 1-35 PEMEGANG BIASISWA 14. Bagi pegawai yang masih terikat dengan perjanjian biasiswa/HLP, ikatan perjanjian mereka hendaklah dipindahkan kepada syarikat. Mereka dikehendaki menghabiskan baki ikatan seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian sebelum boleh meninggalkan syarikat, atau sehingga genap tempoh 5 tahun, mengikut mana yang lebih panjang. Dalam hal ini pegawai dan syarikat dikehendaki menandatangani surat persetujuan pemindahan kontrak mengikut format yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang meluluskan biasiswa/HLP. PENUTUP 15. Kecuali terma dan syarat perkhidmatan yang dinyatakan di atas, pegawai yang memilih Skim A akan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh syarikat. 16. Walaupun pegawai memilih terma dan syarat perkhidmatan Skim A ini, mereka adalah merupakan pesara awam yang telah menjadi pekerja syarikat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy