Pelantikan

 1-34 kerja atas kesalahan tatatertib dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penswastaan dikuatkuasakan. Jika dalam tempoh 5 tahun itu perkhidmatan mereka ditamatkan atas dasar pengurangan pekerja (retrenchment) yang dipersetujui oleh Kerajaan, atau atas sebab kesihatan yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kerajaan, mereka tetap layak dibayar faedah tersebut. IMBUHAN TAHUNAN DAN SAHAM 10. Sekiranya Kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada pegawainya, maka pegawai yang memilih Skim A juga layak dibayar imbuhan tersebut dengan kadar yang sama oleh syarikat. Sebaliknya, mereka tidak layak menerima bonus dan saham yang ditawarkan oleh syarikat. CARUMAN KEPADA KWAP 11. Pegawai tidak perlu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebaliknya, sebagai pekerja berpencen, syarikat akan mencarum kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada kadar 17.5%, atau kadar lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, dikira berdasarkan kepada gaji bulanan mereka. KEMUDAHAN PINJAMAN 12. Pegawai yang telah mengambil pinjaman perumahan, kereta dan komputer boleh meneruskan bayaran balik pinjaman tersebut seperti biasa. Pegawai yang belum menggunakan kemudahan ini boleh membuat permohonan kepada syarikat (jika ada) berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat. RUMAH KERAJAAN 13. Tertakluk kepada persetujuan Kerajaan, pegawai yang sedang mendiami rumah Kerajaan boleh dibenarkan terus mendiami rumah berkenaan dengan syarat dan kadar sewaan yang sama bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun dari tarikh kuatkuasa penswastaan. Syarikat digalak meneruskan kemudahan ini dalam bentuk yang difikirkan sesuai selepas tempoh tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy