Pelantikan

 1-29 (b) selepas tempoh 12% tahun itu luput, penerima yang berkelayakan akan hanya dibayar Pencen Terbitan atas kadar 70% daripada amaun asal. (ii) Meninggal Dunia Selepas Pembayaran Pencen Sekiranya pegawai telah dibayar pencen, ganjaran atau faedah yang lain menurut umur kelayakan yang ditetapkan dan kemudiannya dia meninggal dunia, maka kematian itu adalah disifatkan sebagai kematian dalam persaraan26. Pencen terbitan akan dibayar bagi baki tempoh 12% tahun dikira dari tarikh penswastaan yang juga merupakan tarikh persaraan pegawai. Selepas tempoh tersebut bayaran yang akan diterima ialah 70% daripada amaun pencen. (iii) Berkahwin Selepas Tarikh Penswastaan Pegawai yang berkahwin selepas tarikh penswastaan akan disifatkan telah berkahwin dalam masa persaraan dan sekiranya mereka meninggal dunia, tanggungan mereka layak menerima pencen terbitan bagi tempoh 12 1/2 tahun27 sahaja, dikira dari tarikh penswastaan yang juga merupakan tarikh persaraan pegawai. (iv) Syarat Pemastautinan Di Malaysia Pembayaran pencen terbitan pada kadar 70% tertakluk kepada syarat penerimanya bermastautin di Malaysia28. Syarat ini juga terpakai bagi melayakkan pegawai mendapat faedah pelarasan pencen. 26 Seksyen 15 Akta 227 atau seksyen 16 Akta 239. 27 Subperenggan 15(1)(b)(i) Akta 227 atau subperenggam 16(1)(b)(i) Akta 239. 28 Subseksyen 15(1) dan seksyen 15A Akta 227 atau subseksyen 16(1) dan seksyen 16A Akta 237.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy