Pelantikan

 1-28 (ii) Jumlah Pencen Pencen akan dibayar berdasarkan kepada formula berikut : Pencen = 1/500 X Tempoh Perkhidmatan X Gaji Akhir (yang boleh dimasuk kira) (diterima) (iii) Jumlah Ganjaran Ganjaran akan dibayar berdasarkan kepada formula berikut: Ganjaran = 7 1/2% X Tempoh Perkhidmatan X Gaji Akhir (yang boleh dimasuk kira) (diterima) (iv) Pegawai Yang Tidak Layak Menerima Pencen Pegawai yang belum diberi taraf pekerja berpencen tidak layak menerima pencen, ganjaran atau faedah yang lain. Pencen Terbitan 7.4 Syarat untuk mendapat pencen terbitan adalah seperti berikut: (i) Meninggal Dunia Sebelum Pembayaran Pencen Sekiranya pegawai meninggal dunia sebelum mencapai umur kelayakan yang ditetapkan, iaitu 45, 50 atau 55 tahun, yang mana berkenaan, mereka adalah disifatkan telah meninggal dunia dalam perkhidmatan: (a) Pencen terbitan hanya layak dibayar kepada: 1. balu atau duda; dan 2. anak kepada pegawai yang meninggal dunia itu; (a) amaun Pencen Terbitan yang layak dibayar kepada penerimanya adalah jumlah penuh pencen yang sepatutnya diterima oleh pegawai sekiranya ia masih hidup, dibuat selama 12% tahun, dikira sehari selepas tarikh kematian25 pegawai berkenaan; dan 25 Seksyen 12A dan 14 Akta 227 atau seksyen 13 dan 15 Akta 239.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy