4.2.3 Pemarkahan untuk elemen penilaian Kefahaman adalah seperti yang berikut: Markah Pencapaian 30 – 40 Lulus 0 – 29 Gagal 4.2.4 Kaedah penilaian elemen Kefahaman adalah dilaksanakan melalui sistem e-Penilaian (peperiksaan dalam talian). 4.2.5 Tempoh ujian kefahaman adalah selama satu (1) jam. 4.3 Komitmen (10 markah) 4.3.1 Penilaian elemen Komitmen dijadikan salah satu kriteria penilaian untuk mengukur tahap kebertanggungjawaban pegawai. Ini bagi memastikan pegawai benar-benar memahami dan melaksanakan tanggungjawab, peranan, dan kerjasama erat dalam sesuatu pasukan kerja. 4.3.2 Penilaian elemen ini penting kerana komitmen yang tinggi menjadi asas kepada kecekapan kerja, produktiviti, dan budaya kerja cemerlang dalam organisasi. Kegagalan menunjukkan komitmen yang sewajarnya boleh menjejaskan keberkesanan seseorang pegawai dalam melaksanakan tugasnya. 4.3.3 Penilaian bagi elemen Komitmen hendaklah merangkumi kriteria yang berikut: a) penglibatan dan penyertaan yang aktif semasa program dilaksanakan; b) semangat kerjasama yang tinggi sesama rakan, fasilitator dan individu lain; c) sentiasa memberikan keutamaan terhadap aktiviti program; d) kebolehan berkomunikasi serta mengemukakan idea atau cadangan dalam membantu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy