Pelantikan

 c) menghadiri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang program; d) menepati masa permulaan setiap aktiviti sepanjang program; e) kesanggupan menerima dan melaksanakan arahan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja; f) personaliti iaitu dari segi sikap, gaya berbicara dan kesopanan; g) keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi terhadap persekitaran yang sentiasa berubah; h) mengamalkan etika berpakaian yang sopan dan kemas; dan i) kesopanan berkomunikasi iaitu menzahirkan adab yang baik dalam pertuturan. 4.1.7 Pemarkahan untuk elemen penilaian Disiplin dan Personaliti adalah seperti yang berikut: Markah Pencapaian 45 - 50 Lulus 0 - 44 Gagal 4.2 Kefahaman (40 markah) 4.2.1 Ujian kefahaman bertujuan untuk mengukur sejauh mana pegawai memahami modul yang dipelajari sepanjang program. Penilaian ini adalah bagi memastikan pegawai dapat mengguna pakai ilmu yang diperoleh dalam tugas harian serta memahami prinsip, etika, dan budaya kerja sektor awam. 4.2.2 Penilaian bagi elemen Kefahaman hendaklah merangkumi kriteria yang berikut: a) keupayaan untuk memahami modul yang telah dipelajari; dan b) keupayaan untuk menguasai pengetahuan asas segmen-segmen yang telah dipelajari.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy