3.3. Pegawai perlu memperoleh markah lulus untuk semua elemen penilaian sebagaimana yang diperincikan dalam Perenggan 4 Garis Panduan ini untuk melayakkan pegawai lulus PTM bagi maksud hadir dengan jayanya mengikut peruntukan skim perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. 4. Perincian Elemen Penilaian 4.1 Disiplin dan Personaliti (50 markah) 4.1.1 Elemen penilaian Disiplin dan Personaliti adalah kriteria penting yang wajib diterapkan dalam setiap pegawai lantikan baharu dalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mengukuhkan tatakelola organisasi ke arah melahirkan penjawat awam yang berprestasi tinggi. 4.1.2 Elemen penilaian disiplin merupakan salah satu prinsip yang menjadi asas kepada pembudayaan nilai dalam perkhidmatan awam. Prinsip ini menjurus kepada memupuk disiplin kerja secara sistematik bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. 4.1.3 Elemen penilaian personaliti yang merangkumi aspek penampilan dan komunikasi juga merupakan elemen penting yang diterapkan dalam perkhidmatan awam kerana penjawat awam menjadi cerminan imej Kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. 4.1.4 Kedua-dua elemen penilaian ini merupakan asas penting kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sekaligus menyokong matlamat negara dalam mewujudkan pentadbiran yang cekap, berintegriti, dan responsif kepada keperluan masyarakat. 4.1.5 Elemen penilaian Disiplin dan Personaliti ini menjadi satu keperluan mandatori untuk lulus PTM. 4.1.6 Penilaian bagi elemen Disiplin dan Personaliti hendaklah merangkumi kriteria yang berikut: a) mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang program; b) menghormati rakan, urus setia, fasilitator dan individu lain serta sentiasa mengamalkan sifat-sifat yang positif;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy