Lampiran UP.1.3.9(C) GARIS PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1. Pendahuluan 1.1 Garis panduan penilaian Program Transformasi Minda (PTM) adalah untuk menjelaskan pelaksanaan urusan penilaian sepanjang program. 2. Tempoh Penilaian 2.1 Tempoh penilaian adalah sepanjang program berlangsung. 3. Elemen Penilaian 3.1. Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) elemen dengan ketetapan markah seperti yang berikut: Bil. Elemen Penilaian Markah 1. Disiplin dan Personaliti Kehadiran (10 markah) Tingkah laku (10 markah) Ketepatan masa kehadiran (10 markah) Etika berpakaian (10 markah) Komunikasi (10 markah) 50 2. Kefahaman Berdasarkan modul pembelajaran 40 3. Komitmen Penglibatan dalam aktiviti (5 markah) Kerjasama kumpulan (5 markah) 10 Jumlah Keseluruhan 100 3.2. Penilaian terhadap pegawai semasa PTM boleh dilaksanakan oleh urus setia PTM sendiri atau fasilitator yang dilantik oleh PPPTM. Fasilitator yang dilantik hendaklah dari kalangan penjawat awam dan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sesi PTM sama ada secara sepenuh masa atau mengikut modul. Gred fasilitator hendaklah lebih tinggi daripada gred peserta PTM.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy