(c) menghadiri modul dan melengkapkan penilaian berkaitan. PEMANTAUAN 54. Setiap modul PTM yang telah diperuntukkan di dalam Ceraian ini adalah penting untuk pembentukan minda dan sikap yang betul bagi pegawai lantikan baharu. Sehubungan itu, pemantauan akan dilaksanakan oleh JPA dari semasa ke semasa ke mana-mana jabatan/ ILA bagi memastikan pematuhan pelaksanaan PTM berjalan lancar berdasarkan Ceraian ini. TARIKH KUAT KUASA 55. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. PEMBATALAN 56. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam Dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) adalah dibatalkan. KEKECUALIAN DAN PERALIHAN 57. Apa-apa pelaksanaan PTM yang dibuat di bawah Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam Dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) yang belum selesai sebaik sebelum Ceraian ini berkuat kuasa hendaklah diuruskan di bawah Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam Dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) seolah-olah Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) tidak dibatalkan oleh Ceraian ini. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan modul PTM atau gagal PTM setelah berkuatkuasanya Ceraian ini, urusan pengulangan kurikulum PTM pegawai hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan Ceraian ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy