(b) mendaftarkan pegawai yang perlu mengulang ujian kefahaman di dalam sistem e-Penilaian; dan (c) mengeluarkan transkrip lulus PTM kepada pegawai yang lulus ujian kefahaman tersebut. (iv) merekodkan keputusan lulus PTM bagi pegawai yang lulus atau pegawai yang diberi pengecualian seperti di perenggan 14 ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. Dalam situasi Buku Perkhidmatan Kerajaan berada di lokasi yang berbeza, Ketua Jabatan boleh menugaskan pegawai di lokasi tersebut untuk melaksanakan fungsi ini. Pegawai 51. Tanggungjawab pegawai sebagai peserta PTM adalah seperti yang berikut: (i) menghadiri PTM dalam tempoh yang ditetapkan; (ii) memaklumkan kepada Ketua Jabatan pegawai sekiranya mendapat tawaran menghadiri PTM yang dikendalikan oleh jabatan/ ILA yang lain dan membuat permohonan kepada Ketua Jabatan untuk menghadiri PTM sebagai pegawai tumpangan di jabatan/ ILA lain; dan (iii) berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus semua elemen penilaian. 52. Sekiranya pegawai gagal PTM bagi sesuatu sesi, pegawai hendaklah melaksanakan tindakan seperti Jadual 3 berikut: Jadual 3: Tindakan Pegawai Jika Gagal Elemen PTM Bil. Keputusan Akhir Tindakan Disiplin dan Personaliti Kefahaman Komitmen i. Lulus Lulus Gagal Pegawai perlu memohon untuk mengulang PTM secara fizikal selama tiga (3) hari bagi membolehkannya dinilai dari segi komitmen. ii. Lulus Gagal Lulus (a) Pegawai hendaklah memohon daripada Ketua Jabatan masing-
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy