Pelantikan

 sesuatu sesi PTM; (vi) memantau kehadiran, penglibatan dan melaksanakan penilaian; (vii) menguruskan sesi ujian kefahaman seperti yang dijelaskan di perenggan 21; (viii) menyediakan laporan kehadiran dan laporan penilaian untuk diperakukan kepada PPPTM; (ix) mengeluarkan transkrip keputusan PTM setelah dimuktamadkan di peringkat PPPTM dan mengemukakannya kepada Ketua Jabatan untuk diserahkan kepada pegawai; dan (x) menyimpan rekod laporan kehadiran dan laporan penilaian PTM. Ketua Jabatan 49. Secara asasnya, Ketua Jabatan ditakrifkan seperti di perenggan 7. Ketua Jabatan boleh menentukan ketua bagi unit/ pejabat yang bersesuaian seperti Pengurus Sumber Manusia, untuk melaksanakan peranan-peranan sebagai Ketua Jabatan mengikut fungsi dan kapasiti masing-masing. 50. Tanggungjawab Ketua Jabatan adalah seperti yang berikut: (i) memastikan semua pegawai baharu di jabatan menghadiri PTM; (ii) mempertimbangkan permohonan pegawai untuk mengikuti PTM yang dianjurkan oleh penganjur luar jika PTM tidak dikendalikan sendiri oleh jabatan bagi tujuan kawalan; (iii) mengendalikan sesi ulangan ujian kefahaman melalui sistem e-Penilaian kepada pegawai yang gagal penilaian ujian kefahaman seperti berikut: (a) menyediakan platform untuk ujian kefahaman melalui sistem e-Penilaian dengan memuat naik soalan-soalan ujian kefahaman yang diperolehi daripada Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy