Pelantikan

 46. Tanggungjawab PPPTM adalah seperti yang berikut: (i) menetapkan kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian; (ii) melantik fasilitator program sekiranya perlu; (iii) menimbang dan mengesahkan laporan kehadiran; (iv) menimbang laporan penilaian sepanjang program; (v) memuktamadkan keputusan PTM; dan (vi) menimbangkan cadangan atau isu-isu berkaitan pelaksanaan PTM. Urus setia PTM 47. Urus setia PTM adalah jabatan/ ILA yang mengendalikan PTM. 48. Tanggungjawab urus setia PTM adalah seperti yang berikut: (i) merancang, menyelaras dan melaksanakan PTM mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa; (ii) menguruskan pelantikan keanggotaan PPPTM dan memastikan pelaksanaan fungsi PPPTM seperti mana yang ditetapkan; (iii) menyediakan platform untuk ujian kefahaman melalui sistem e-Penilaian yang diadakan di akhir sesi PTM dengan cara memuat naik soalan-soalan ujian kefahaman yang diperolehi daripada Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA; (iv) menguruskan hal ehwal pendaftaran pegawai untuk mengikuti PTM termasuk pendaftaran dalam sistem e-Penilaian bagi tujuan ujian kefahaman PTM; (v) memberi penerangan kepada peserta PTM mengenai perjalanan program, penilaian dan pemarkahan, perkara-perkara yang perlu dipatuhi dan dilarang, kesan sekiranya lulus atau gagal, serta peranan dan tanggungjawab pegawai dan pihak-pihak terlibat, sebelum memulakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy