Pelantikan

 Pemilik Modul 42. Tanggungjawab pemilik modul adalah seperti yang berikut: (i) merancang dan membangunkan kandungan modul yang relevan dengan objektif PTM; (ii) memastikan modul sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dan dasar semasa; (iii) menyediakan bahan pembelajaran dalam pelbagai format seperti slaid, video, multimedia, latihan kes atau simulasi; (iv) menyediakan soalan ujian kefahaman berdasarkan modul yang dibangunkan dan mengemukakan soalan-soalan tersebut kepada Pentadbir PTM; dan (v) memberikan latihan kepada penceramah atau mencadangkan kaedah penyampaian berkesan kepada urus setia PTM untuk diselaraskan kepada penceramah supaya objektif modul dapat difahami dengan jitu. Panel Pengurusan PTM (PPPTM) 43. Semua jabatan atau ILA yang mengendalikan PTM hendaklah menubuhkan PPPTM di peringkat jabatan/ ILA masing masing. 44. Keanggotaan PPPTM adalah seperti yang berikut: Pengerusi – Pengurus Sumber Manusia/ Pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan PTM atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya sebagai Pengerusi Ganti. Pengerusi Ganti hendaklah dari kalangan pegawai yang lebih tinggi grednya daripada gred peserta PTM. Ahli – Wakil-wakil yang berkaitan dan bersesuaian. Urus setia – Bahagian/ unit yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia atau pengurusan latihan. 45. Kuorum PPPTM hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy