Pelantikan

 38. Bagi maksud perenggan 36 dan 37, pegawai hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada penganjur PTM yang ingin disertai. Contoh permohonan secara bertulis adalah seperti di Lampiran UP.1.3.9(H). Bagi maksud perenggan 37, pelaporan mengenai prestasi/ pemarkahan pegawai pada sesi terdahulu hendaklah dilampirkan bersekali dengan permohonan tersebut kepada penganjur baharu. 39. Ringkasan carta alir bagi pegawai yang tidak dapat melengkapkan PTM adalah seperti di Lampiran UP.1.3.9(I). Pengurusan Terhadap Pegawai (Peserta) Di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) 40. PPPTM boleh menetapkan kaedah pembelajaran, pelaksanaan PTM dan penilaian yang bersesuaian terhadap pegawai OKU dengan mengambil kira persekitaran mesra OKU dari segi kebolehaksesan dan penyesuaian munasabah seperti yang diperuntukkan di dalam Akta 685 Akta Orang Kurang Upaya 2008. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Pentadbir PTM 41. Pentadbir PTM adalah Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti yang berikut: (i) menyelenggara, memantau dan menguruskan hal ehwal PTM seperti memuat naik bahan pembelajaran dan memastikan perubahan modul dikemas kini dalam portal JPA; (ii) bekerjasama dengan pemilik modul untuk memastikan kandungan modul adalah yang terkini dan relevan; (iii) memastikan modul yang terkini dimuat naik di dalam sistem EPSA; (iv) menguruskan bank soalan bagi ujian kefahaman PTM dengan berkolaborasi bersama-sama pemilik modul serta memastikan soalan-soalan dikemas kini dari semasa ke semasa; dan (v) memastikan soalan-soalan ujian kefahaman yang terkini dibekalkan kepada pihak penganjur PTM dan Ketua Jabatan untuk dimuat naik ke dalam sistem e-Penilaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy