Pelantikan

 (i) disahkan tidak sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; (ii) terpaksa meninggalkan program untuk menjaga ahli keluarga yang sakit atau menguruskan ahli keluarga yang meninggal dunia; (iii) terpaksa meninggalkan program untuk menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah; (iv) melahirkan anak atau isteri melahirkan anak dalam tempoh program; atau (v) keadaan kecemasan lain yang difikirkan munasabah dan dibenarkan oleh urus setia. 35. Bagi maksud perenggan 34(ii), ahli keluarga meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/suami dan anak-anak), ibu kandung, ibu angkat, ibu mentua, ibu tiri, bapa kandung, bapa angkat, bapa mentua, bapa tiri, adik-beradik, nenek dan datuk kepada pegawai. Istilah anak termasuk anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undangundang, anak angkat de facto, anak pelihara dan anak tiri tanggungan. 36. Sekiranya pegawai telah hadir PTM dengan kehadiran melebihi 85% jam kredit keseluruhan modul atas sebab yang dibenarkan, pegawai perlu dinilai dari segi elemen Disiplin dan Personaliti serta elemen Komitmen dan layak menduduki ujian kefahaman pada sesi tersebut. Sekiranya pegawai telah dinilai untuk ketiga-tiga elemen pada sesi tersebut, transkrip keputusan PTM masih tidak boleh dimuktamadkan tetapi perlu diserahkan kepada Ketua Jabatan. Pegawai kemudiannya hendaklah melengkapkan baki modul yang tidak dapat dipenuhi tersebut secara fizikal atau dalam talian. Bukti kehadiran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan supaya transkrip keputusan PTM dapat dimuktamad dan direkodkan, serta diserahkan kepada pegawai. 37. Namun, sekiranya pegawai telah hadir PTM tetapi kehadiran adalah kurang daripada 85% jam kredit keseluruhan modul, urus setia hendaklah mencatatkan prestasi/ pemarkahan pegawai setakat mana kehadirannya semasa sesi berkenaan. Walau bagaimanapun, pegawai tidak layak dimuktamadkan penilaiannya untuk elemen Disiplin dan Personaliti serta elemen Komitmen, dan pegawai tidak layak menduduki ujian kefahaman pada sesi tersebut. Pelaporan mengenai prestasi/ pemarkahan pegawai hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan. Pegawai kemudiannya perlu mengulang modul yang tertinggal secara fizikal atau dalam talian, serta melalui penilaian bagi semua elemen dan menduduki ujian kefahaman di sesi yang baharu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy