30. Pegawai yang lulus PTM adalah disifatkan sebagai hadir dengan jayanya PTM berdasarkan peruntukan dalam skim perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Tarikh lulus PTM adalah tarikh yang dicatat dalam transkrip keputusan pegawai lulus semua elemen. Transkip keputusan adalah seperti di Lampiran UP.1.3.9(E). 31. Maklumat keputusan lulus PTM ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang berkenaan seperti yang berikut: “Pegawai telah lulus PTM pada _________________ dan telah memenuhi syarat hadir dengan jayanya PTM bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan”. 32. Proses yang perlu dilaksanakan selepas transkrip keputusan dikeluarkan bagi sesuatu sesi PTM adalah seperti Jadual 2: Jadual 2: Proses Pelaksanaan Selepas Keputusan PTM Dikeluarkan Bil. Keputusan Bagi Setiap Elemen Proses Pelaksanaan Disiplin dan Personaliti Kefahaman Komitmen i. Lulus Lulus Lulus (a) Transkrip keputusan (lulus) PTM dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk disampaikan kepada pegawai. Transkrip ini merupakan dokumen yang diguna pakai bagi urusan pengesahan dalam perkhidmatan. (b) Keputusan ini direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. ii. Lulus Lulus Gagal (a) Transkrip keputusan dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk disampaikan kepada pegawai. (b) Keputusan ini belum perlu direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan, kecuali
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy