(ii) belum disahkan perkhidmatan tetapi telah hadir dengan jayanya PTM atau kursus setara atau kursus induksi atau lulus Peperiksaan Am Kerajaan dalam skim perkhidmatan atau perkhidmatan terdahulu; atau (iii) skim perkhidmatannya tidak mensyaratkan PTM sebagai syarat sah dalam perkhidmatan. 15. Pengecualian ini boleh dilaksanakan oleh Pengurus Sumber Manusia (PSM) di jabatan masing-masing tanpa perlu merujuk kepada JPA. 16. Bagi maksud perenggan 14(i) dan 14(ii) di atas, maklumat pengecualian tersebut hendaklah direkodkan mengikut mana-mana situasi yang berkenaan, dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai untuk memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dibuat dengan teratur, seperti di bawah: “Pegawai dikecualikan daripada menghadiri PTM di skim perkhidmatan (nyatakan skim perkhidmatan semasa) kerana telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu pada / hadir dengan jayanya (lulus) PTM atau kursus setara atau kursus induksi atau lulus Peperiksaan Am Kerajaan iaitu (nyatakan nama kursus) di skim perkhidmatan (nyatakan skim perkhidmatan terdahulu) pada_______________. Oleh itu, pegawai telah memenuhi syarat bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan untuk skim perkhidmatan semasa.” PELAKSANAAN PTM Kaedah Pelaksanaan PTM 17. PTM boleh dikendalikan oleh jabatan atau institut latihan awam (ILA). 18. Pelaksanaan PTM boleh dilaksanakan sama ada secara fizikal atau secara dalam talian. Modaliti pelaksanaan adalah seperti di Jadual 1: Jadual 1: Pelaksanaan Secara Fizikal Dan Dalam Talian Kategori Fizikal Dalam Talian Pegawai Pegawai hadir secara fizikal Pegawai hadir dalam talian secara maya Penceramah Penceramah hadir secara fizikal/ dalam talian secara maya Penceramah hadir dalam talian secara maya
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy