Pelantikan

 11. Skim perkhidmatan yang mensyaratkan kursus asas atau praperkhidmatan kepada pegawai lantikan baharu boleh mengintegrasikan kesemua modul dalam kurikulum di bawah Ceraian ini dalam kursus asas atau praperkhidmatan tersebut mengikut kesesuaian. 12. Memandangkan kurikulum PTM tidak memasukkan tajuk pengenalan fungsi jabatan, Ketua Jabatan di mana pegawai ditempatkan adalah digalakkan untuk mengadakan sesi penerangan berasingan untuk memperjelaskan mengenai fungsi jabatan masing-masing kepada pegawai berkenaan. KUMPULAN SASAR Secara umumnya, semua pegawai yang di dalam tempoh percubaan perlu memenuhi syarat hadir dengan jayanya PTM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaannya, kategori pegawai adalah terbahagi kepada dua (2) iaitu: (i) pegawai yang disyaratkan menghadiri PTM; dan (ii) pegawai yang dikecualikan menghadiri PTM. Pegawai Yang Disyaratkan Menghadiri PTM 13. Pegawai yang disyaratkan menghadiri PTM seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah seperti yang berikut: (i) pegawai dalam tempoh percubaan; dan (ii) belum menghadiri PTM atau kursus setara. Pegawai Yang Dikecualikan Menghadiri PTM 14. Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dalam skim perkhidmatan baharunya tertakluk kepada pematuhan syarat seperti di bawah: (i) telah disahkan dalam perkhidmatan di skim perkhidmatan atau perkhidmatan terdahulu;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy