(iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya. “kursus setara” ertinya apa-apa kursus selain daripada PTM yang mengintegrasikan semua modul PTM mengikut jam kredit yang ditetapkan dan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau bagaimanapun, tafsiran kursus setara ini tidak boleh dibaca sebaliknya dari sudut keperluan kursus lain, contohnya kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). KURIKULUM PTM 8. Kurikulum PTM terbahagi kepada tiga (3) segmen utama iaitu: (i) Segmen I: Negara dan Perkhidmatan Awam; (ii) Segmen II: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan (iii) Segmen III: Budaya Kerja Berprestasi Tinggi. 9. Kandungan modul dalam setiap segmen disediakan oleh pemilik modul yang berkaitan. Agensi yang dilantik sebagai pemilik modul adalah ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Kandungan modul dan jumlah jam kredit dalam setiap segmen adalah seperti di Lampiran UP.1.3.9(A). JPA boleh meminda Lampiran UP.1.3.9(A) ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dasar Kerajaan, tanpa perlu meminda Ceraian ini. Apa-apa perkara yang berbangkit mengenai kandungan modul hendaklah diajukan kepada pemilik modul yang berkaitan sebagaimana yang disenaraikan dalam portal PTM. 10. Apa-apa pindaan atau ubah suaian modul termasuklah pengubahsuaian kandungan modul, pindaan jam kredit bagi mana-mana modul atau pengubahsuaian kaedah penilaian PTM selain daripada yang ditetapkan dalam Ceraian ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada Bahagian Perkhidmatan, JPA terlebih dahulu.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy