memastikan pemikiran dan perlakuan rutin harian pegawai dibentuk berdasarkan prinsip dan falsafah kenegaraan serta pematuhan undang-undang yang mengawal selia pegawai dalam perkhidmatan awam. Sehubungan itu, PTM dijangka dapat meningkatkan perhubungan dengan pelanggan serta kecekapan dalam menghadapi cabaran dan keperluan pelanggan. OBJEKTIF 6. Objektif PTM adalah seperti yang berikut: (i) memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran Kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam; (ii) memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam; (iii) menerapkan nilai budaya kerja berprestasi tinggi agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan selaras dengan matlamat ke arah negara maju; (iv) meningkatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap keperluan pegawai atau pelanggan yang mempunyai kelainan upaya; dan (v) memastikan pegawai celik pengurusan kewangan peribadi. TAFSIRAN 7. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “jabatan” termasuklah— (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat Persekutuan, Wilayah, Negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy