CERAIAN UP.1.3.9 PROGRAM TRANSFORMASI MINDA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM). LATAR BELAKANG 2. PTM merupakan kursus wajib yang ditetapkan sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai lantikan tetap. PTM mula diperkenalkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 bagi menggantikan Kursus Induksi yang sebelum ini menjadi syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Seiring dengan keperluan penambahbaikan sistem pengurusan sumber manusia, Pekeliling PTM kemudiannya digantikan kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (Versi 1.0, 2022), di bawah Ceraian UP.1.3.9: Program Transformasi Minda. 3. Pegawai yang berkemahiran dan kompetitif merupakan prasyarat penting bagi menggerakkan agenda pembangunan negara. Untuk memastikan pembangunan modal insan yang berdaya tahan, pegawai perlu didedahkan dan dibangunkan di peringkat awal pelantikan (dalam tempoh percubaan) secara optimum. Selain itu, pendedahan dan latihan yang tersusun dapat melahirkan pegawai yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki etika dan nilai yang sejajar dengan hala tuju negara. 4. Penyediaan latihan yang berkesan mampu mentransformasikan minda pegawai untuk menjajarkan perlakuan dan keperibadian mereka dengan matlamat sebenar perkhidmatan awam, ekspektasi rakyat dan hala tuju negara. Perubahan transformasi minda yang berkesan ini akan mendorong kepada pembudayaan nilai-nilai murni perkhidmatan awam. 5. Justeru, PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda, merangkumi sahsiah dan intelektual pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam secara holistik. Selaras dengan perubahan semasa dan hala tuju perkhidmatan awam, modul dalam kurikulum PTM perlu dikemaskini bagi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy