Pelantikan

 144 UP.1.4.1 Penamatan Perkhidmatan 9. Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan PSH dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) hari. PSH juga boleh berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan notis bertulis mengikut tempoh yang sama. 10. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan PSH dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut: (a) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi; (b) kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Jabatan terlebih dahulu; (c) gagal mematuhi syarat dalam surat tawaran atau peraturan yang ditetapkan; dan (d) terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej jabatan. PENGECUALIAN DAN PERALIHAN 11. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 12. Pekerja Sambilan atau PKS sedia ada yang tempoh perkhidmatannya masih berkuat kuasa semasa ceraian ini dikeluarkan adalah tidak tertakluk kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Ceraian ini dan boleh diteruskan sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Sekiranya terdapat keperluan untuk mengambil semula pekerja berkenaan, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan pengambilan PSH mengikut dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Ceraian ini. PEMBATALAN 13. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011: Dasar Dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy