Pelantikan

 143 UP.1.4.1 Prosedur 8. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan prosedur pengambilan PSH seperti berikut: (a) merancang dan menentukan jenis tugas, tempoh perkhidmatan dan jumlah PSH yang diperlukan; (b) memastikan peruntukan kewangan di bawah OS29000 mencukupi bagi menampung pembayaran upah dan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri kepada PSH; (c) mengiklankan pengambilan PSH secara pemberitahuan dalaman atau kaedah lain yang sesuai; (d) melaksanakan tapisan pengambilan PSH melalui kaedah yang bersesuaian seperti temu duga; (e) membuat tawaran pengambilan dan syarat-syarat perkhidmatan kepada calon yang dipilih. Contoh surat tawaran PSH dan syarat perkhidmatan adalah seperti di Lampiran UP.1.4.1(B) dan Lampiran UP.1.4.1(C); (f) memaklumkan calon yang terpilih supaya mengemukakan penerimaan tawaran pengambilan sebagai PSH melalui surat seperti contoh di Lampiran UP.1.4.1(D); (g) memaklumkan PSH supaya melaporkan diri bertugas mengikut tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran; (h) boleh mengarahkan PSH untuk menghadiri latihan yang bersesuaian supaya PSH dapat melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan; dan (i) merekodkan maklumat perkhidmatan PSH mengikut kaedah bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy