Pelantikan

 142 UP.1.4.1 (o) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH tidak menandatangani surat rasmi jabatan; (p) PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; (q) PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa; (r) pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa; dan (s) Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat. Kadar Upah 7. Kadar upah PSH ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut: Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian Kelayakan Akademik Upah (RM/ Sehari) Ijazah Sarjana Muda 100.00 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 72.00 Sijil Pelajaran Malaysia 54.00

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy